Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
BANTUAN MUSIM SEJUK KASHMIR
28/10/2023, Kupwara, Kashmir.
Hari ini Iltizam Relief Society telah mengagihkan pakej makanan kepada 100 keluarga di Kashmir.
Jumlah makanan ini cukup untuk tempoh 2 bulan, terutamanya musim sejuk telah tiba dengan suhu antara 4 hingga 12 darjah Celsius dan dijangka terus jatuh ke paras bawah 0 darjah celcius.
Rakan tempatan kami telah pun mendapatkan permit khas yang diperlukan untuk membuah agihan di sini kerana daerah ini sangat dikawal ketat oleh tentera India.
Selain itu, kami juga telah memberikan 100 keluarga ini dengan selimut terma.
Minggu ini, kami merancang untuk mengagih untuk 200 lagi keluarga di dua daerah berbeza.
Marilah kita bersatu untuk membantu penduduk Kashmir, kerana mereka tidak mempunyai orang lain selain kita.
Tiada salah membantu saudara kita di sana kerana kita adalah satu umat.
Klik di sini untuk menyumbang:
https://sumbangan.com/penganjur/kempen/buletin/rayuan-derma-miskin-kesejukan-di-kashmir
Salji sudab turun di kampung-kampung pedalaman yang bakal memberi kesan besar kepada orang miskin yang lari dari dikejar tentera India.
Mereka bukan pengganas, bukan militan tapi mangsa kedua-dua iaitu tentera India dan militan yang menentang tentera India. Tetapi bagi penjajah, sama sahaja dua-dua dibedil. Seperti yang sedang berlaku di Palestin.
Kita umat yang satu. Di mana pun umat Islam dalam kesusahan, kita pasti terasa sakitnya juga.
Pagi ini hospital di Palestin telah dibom dengan kejam oleh tentera udara Yahudi. Angka rasmi mengatakan 500 terbunuh. Namun banyak mayat berkecai tidak dapat dikira.
Iltizam Relief Society juga sedang menyumbang bantuan makanan kepada mangsa di Gaza melalui sukarelawan dalam Gaza.
Di Malaysia juga kami sentiasa prihatin dan membantu rakyat kita.
Kini Kashmir menghadapi musim sejuk melampau.
Umat Islam Kashmir senasib dengan Palestin cuma mereka tidak mampu melawan tentera India, tanah mereka diduduki India, hak memerintah sendiri dimansuhkan, warga India kini boleh memiliki tanah di Kashmir, kemiskinan orang Islam tiada pembelaan, begitu juga pendidikan.
Jika anda ada rezeki lebih, bantulah sedikit Kashmir.
Mereka perlukan makanan yang cukup untuk 3 bulan, pakaian sejuk, selimut dan lain-lain.
Semoga sedikit sumbangan kita itu memberikan mereka perlindungan dari kesejukan di dunia ini, semoga sumbangan kita ini memberikan kita kesejukan dari kepanasan di Mahsyar nanti.
Gambar: Iltizam Relief Society sedang menyediakan bantuan makanan dan selimut untuk 100 keluarga miskin pedalaman Kashmir.
Barang-barang terpaksa dibeli dari luar Kashmir kerana harga lebih berpatutan dan stok cukup. Namun, mengalami kelewatan untuk sampai kerana salji menghalang beberapa laluan.
Ayun tuan / puan saudara seagama, tonton video ini dan bantulah segera seikhlas hati!