Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-doa Penyumbang

RINI IDAYU MOHAMED PAKRI

5 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan anak2 tahfiz. Aminnn3 ya rabbal al amin. 🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Dipermudahkan segala urusan bayaran hutang, dilimpahkan rezeki yg mencukupi, dimampukankan untuk menjadi tetamu Allah ke umrah dan haji. Dipermudahkan urusan kerja dan urusan anak2. Sentiasa istiqamah dalam mencari redha Allah. Diangkat segala kesulitan, dijauhkan dari org yg zalim.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

semoga Allah terima segala amalan kita dan dimasukkan ke dalam syurga firdaus tanpa hisab Aamiinn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam menegakkan syiar dan dakwah Islam. Ameen..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Doakan kesihatan kedua org tua.. dipanjangkan usia supaya sy dpt balasjasa dan gembira kan meraka.. mohon doa diberikan jodoh yg terbaik

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Mohon doakan kesihatan kedua org tua sy.. dipanjangkan umur. semoga saya dpt membalas jasa dan mengembirakan mereka amin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: