Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Bismillahirrahmanirrahim semoga kempen ini berjaya dan semoga anak2 yatim disini semuanya dpt menikmati kemudahan , kelengkapan dan keselesaan secukupnya aameen

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Semoga urusan kita semua dipermudahkan

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kita semua

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kita semua

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD NUR QAYYUM BIN MOHD RADUAN

5 bulan yang lepas

Semoga kehidupan diberkati oleh Allah SWT didunia dan diakhirat, diberikan hidayah dan rahmat dari Allah SWT, dan semoga mendapat mukjizat nabi Muhammad SAW di padang mashyar kelak, diampunkan segala dosa dosa yg tercatat dari kecil hingga ke hembusan nafas yang terakhir, kelak bila sudah meninggal dunia dilapangkan kubur, diterangi cahaya yang indah, kubur mewangi dan dijauhkan dari siksaan kubur

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Mudahkanlah segala urusan di dunia dan akhirat dan jadikanlah kami semua di kalangan yang akan berhimpun di syurga kelak.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: