Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,570 / 51.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
139 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Memberi makan kepada orang lain adalah suruhan agama sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR Thabrani). Dalam situasi ekonomi ketika ini yang tidak memberangsangkan, sudah pasti ramai yang terkesan lebih-lebih lagi kepada rumah-rumah anak yatim yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang ramai untuk beroperasi.
Sebagai menyahut seruan hadis Rasulullah SAW, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan memberi makan kepada anak-anak yatim. Makanan yang akan disediakan adalah nasi bungkus berlauk, buah-buahan, kuih muih dan minuman serta sedikit duit poket. Anak-anak yatim ini dianggarkan berjumlah 150 orang yang berada di beberapa rumah anak yatim persendirian di negeri Sabah.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi melihat anak-anak yatim gembira dengan pemberian yang dihulurkan. Semoga dengan sumbangan Tuan Puan, pahala dan ganjaran yang besar diberi oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah yang mengutus aku dengan kebenaran di hari kiamat, Allah S.W.T tidak akan mengazab orang yang mengasihi anak yatim dan berlaku ramah padanya serta manis tutur katanya. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan mengerti kekurangannya, dan tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yang di peroleh Allah kepadanya.” (HR Thabrani)
Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Jom #BuatBaik
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2022