Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM355 / 3.94 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya sakit tidak mengenal usia dan latar belakang. Bersyukurlah sekiranya kita dikurniakan nikmat sihat. Bagi golongan asnaf yang menghadapi ujian sakit, mereka bukan sahaja berdepan dengan ujian sakit yang dihadapi, malah mereka juga terbeban dengan masalah kewangan. Akhirnya pesakit menghadapi tekanan perasaan dan kemurungan yang sudah pasti akan menjadi beban kepada ahli keluarga mereka.
Program ziarah kami baru-baru ini menemui pesakit-pesakit dialisis golongan asnaf amat menyedihkan. Mereka amat memerlukan bantuan dari masyarakat di luar sana bagi menampung kos tambahan rawatan serta keperluan kehidupan seharian. Walaupun mereka ini mendapat bantuan dari pusat zakat ataupun Perkeso. Namun, bantuan yang diberi tidak termasuk untuk keseluruhan kos rawatan dan mereka terpaksa menanggung sendiri kos pengangkutan dan ubat-ubatan tambahan.
Atas rasa simpati terhadap golongan pesakit dialisis asnaf ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan sedikit bantuan kewangan khusus untuk kos pembelian ubat-ubat tertentu atau tambahan dan kos pengangkutan untuk tujuan pergi balik untuk mendapatkan rawatan serta sedikit bantuan keperluan asas harian mereka berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya yang difikirkan perlu. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 20-30 orang pesakit yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi melihat golongan pesakit dialisis asnaf dapat meneruskan kehidupan mereka dengan baik. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang mereka tanggung. Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan ganjaran yang besar buat kita semua. Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata:
"Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR Abu Daud)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Barangsiapa memberi pinjam kepada Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki), dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah: 245)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami