Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,020 / 28.86 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
73 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mungkin sebahagian dari kita atau anak-anak kita tidak pernah merasai kesedihan sepertimana yang dirasai oleh anak-anak yatim piatu. Kesedihan yang ditanggung oleh anak-anak yatim piatu setelah kehilangan ibu bapa mereka amat memilukan apatah lagi sekiranya mereka adalah dari golongan miskin dan susah. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang dahulunya hidup senang bersama ibu dan bapa. Namun apabila ibu bapa mereka mereka telah tiada, takdir telah menentukan untuk mereka hidup dalam kesusahan. Oleh sebab itulah, kedudukan anak yatim dalam Islam amatlah istimewa sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat Ahmad)
Di atas dasar menginsafi istimewanya anak-anak yatim ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat Ramadhan untuk minggu ini terpanggil bersama membantu anak-anak yatim piatu dengan menghulurkan bantuan keperluan asas harian buat mereka agar keperluan hidup mereka sentiasa mencukupi bagi mengharungi kehidupan seharian.
Pihak yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, telur, tepung gandum, bihun, minyak masak dan sebagainya termasuk sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada anak-anak yatim piatu yang berada di rumah jagaan mahupun yang tinggal bersama keluarga atau saudara-mara di Selangor dan Lembah Klang termasuk di kawasan-kawasan lain sekiranya perlu.
Pihak kami berharap agar anda semua dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat anak-anak yatim piatu dapat terus dibantu bagi menjalani kehidupan seharian mereka dengan sempurna. Semoga sumbangan yang dihulurkan akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah ﷺ juga ada bersabda: “Demi Allah yang telah mengutusku dengan haq. Allah tidak akan mengazab pada hari kiamat orang yang mengasihi anak yatim, dan lemah lembut pada anak yatim dalam bicaranya, dan mengasihi orang itu pada kemalangan dan kesusahan yatim itu, dan ia tidak sombong terhadap jirannya karena sebab kelebihan yang diberikan Allah padanya.” (HR. Thabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 13, 2023
DZURAWATI BT HARUN
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 13, 2023