Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,961 / 49.51 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
199 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum WBT. Sejak akhir-akhir ini, tinjauan yang dilakukan oleh skuad kami di beberapa pusat jagaan anak yatim persendirian di beberapa kawasan di Selangor, Johor dan Sabah mendapati jumlah anak yatim yang menumpang kasih di pusat-pusat jagaan tersebut terus meningkat berbanding tahun-tahun lepas. Akibat pertambahan jumlah anak-anak yatim ini, sudah pasti kos pengurusan termasuk penyediaan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan mereka meningkat. Pusat-pusat jagaan persendirian ini tidak mendapat bantuan khusus dari pihak berwajib dan mereka bergantung sepenuhnya dari sumbangan dan bantuan orang ramai.
Melihat akan keadaan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk menjalankan usaha penyaluran bantuan untuk pusat-pusat jagaan persendirian anak yatim ini dengan memberikan mereka bantuan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, bihun dan lain-lain serta peralatan keperluan harian seperti berus dan ubat gigi, sabun, shampoo dan sebagainya. Selain itu, sedikit bantuan kewangan juga akan disalurkan khusus sebagai bantuan bayaran bill utiliti. Kami menyasarkan sebanyak 6 buah rumah pusat jagaan yang berada di Selangor, Johor dan Sabah.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat dan kelangsungan hidup anak-anak yatim dan semoga sumbangan Tuan/ Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah yang mengutus aku dengan kebenaran di hari kiamat, Allah S.W.T tidak akan mengazab orang yang mengasihi anak yatim dan berlaku ramah padanya serta manis tutur katanya. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan mengerti kekurangannya, dan tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yang di peroleh Allah kepadanya.” (HR Thabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2022
NOORIZAN BIN ISMAIL
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 01, 2022