MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 19, 2023

TABUNG INFAQ VAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ ANAK YATIM DAN ASNAF PERGI SOLAT JUMAAT

RM600 / 0.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH MERAYU SEMUA UNTUK BERSAMA-SAMA MENGINFAQ BAGI PEMBELIAN SEBUAH VAN MAAHAD TAHFIZ BAGI MEMUDAHKAN ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM.


Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah, Ayer Hitam Kedah merayu sumbangan ikhlas daripada anda sebuah van bagi kemudahan pergerakan para pelajar ke solat Jumaat. Selain itu, para pelajar dapat menjalankan aktiviti keagamaan lain di luar seperti solat jenazah, majlis bacaan yasin dan tahlil masyarakat setempat dan majlis ilmu di luar kawasan. 



Pihak maahad berharap dengan adanya sebuah van ini dapat membantu memudahkan pergerakan para pelajar untuk menunaikan solat Jumaat dan juga lain-lain aktiviti keagamaan di luar. Sangat besar ganjaran pahala asbab membantu anak-anak tahfiz ini menunaikan rukun Islam yang kedua khususnya solat Jumaat. Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding dengan hari-hari yang lain.



Aus bin Aus berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah)



Sumbangan kalian nanti akan dimanfaatkan untuk pembelian sebuah van bagi kegunaan pelajar dan juga untuk kos penyelenggaraan bulanan van tersebut bagi memastikan van sentiasa dalam keadaan baik serta selamat digunakan. Semoga Allah menggantikan dengan harta yang diinfakkan dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak. Jazakallahu Khairan Jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat