HADIAHKAN SELIPAR MASJID DAN SURAU SIRI 8

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BINA JARINGAN PAHALA BERPANJANGAN DENGAN BERINFAQ SERENDAH RM10 KEPADA PROGRAM SUMBANGAN SELIPAR MASJID SURAU SIRI 8. SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA, IN SHAA ALLAH.


Assalamualaikum wbt. Buat sekian kalinya, PKPR Batu Pahat ingin mengajak para dermawan semua untuk bersama-sama dengan kami dalam program Memupuk Semangat Ke Syurga dengan berinfaq iaitu menyumbangkan selipar masjid dan surau untuk kegunaan harian para jemaah.



Ayuh manfaatkan dengan RM10 sahaja kita dapat menjana pahala yang berterusan mengalir tanpa henti, setiap hari, apatah lagi apabila para jemaah melakukannya pada setiap solat 5 waktu.



Jom kita bersama-sama membina jaringan pahala yang berpanjangan dengan merebut peluang untuk beramal menerusi sumbangan selipar. Ini membantu para jemaah di masjid-masjid dan surau-surau dalam menjalankan ibadah setiap hari.



Semoga usaha kita yang kecil ini membawa sebuah rahmat dan dibalas Allah dengan seluas-luas rezeki dalam keadaan dan arah yang tidak disangka-sangka. Ayuh bersama kita berusaha mengejar dan mendapatkan keredhaan Allah dalam kehidupan seharian kita. Allah  SWT berfirman:


“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2024

Kempen Sumbangan Tamat