MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 07, 2024

INFAQ RM10 UNTUK PEMBINAAN MENARA AZAN

RM270 / 9.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berinfaq untuk membina menara azan untuk mensyiarkan syiar agama Islam di maahad tahfiz yatim dan asnaf!


Pihak maahad ingin mengajak muslimin dan muslimat agar bersama-sama membantu dan mewujudkan keindahan dengan panggilan azan di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan memberi sumbangan infaq untuk pembinaan menara azan di surau maahad tahfiz kami di sini. Dengan laungan azan yang akan berkumandang lima kali sehari ianya akan dilimpahi keberkatan dan mengagungkan syiar Islam dalam kehidupan pelajar tahfiz dan warga maahad kam dan juga masyarakat persekitaran.



Menara azan ini akan menjadi simbol keazaman dan kesucian, mengajak para-para pelajar dan warga maahad, mendirikan solat untuk beribadah dan mengingati Allah SWT dalam setiap detik kehidupan mereka. Setiap laungan azan yang berkumandang juga akan menjadi tanda kasih sayang dan kepedulian daripada para penyumbang, dan berinfaq yang akan menjadi pengingatan bagi para pelajar untuk selalu berada di jalan-Nya, insya-Allah.



Bagi menimbulkan rasa syukur ilahi, pihak maahad bermula kempen dari serendah RM10 oleh kerana itu jangan melepaskan lagi untuk rebut peluang yang berharga dengan berinfaq bagi menjayakan projek pembinaan ini. Jadikanlah sumbangan ini sebagai bentuk sedekah amal jariah yang berterusan, yang akan memberi manfaat untuk masa depan anak-anak syurga ini yang sedang menuntut ilmu agama dan menyampaikan syiar Islam suatu hari nanti.



Akhir kata, kami ingin menyeru kepada muslimin dan muslimat yang sudi menyumbang untuk membangunkan menara azan dengan berinfaq sedikit sebanyak untuk dana kempen bermula RM10 demi kelangsungan maahad yang bakal didirikan menara azan. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan memberkati setiap sumbangan yang diberikan serta menjadikannya sebagai wasilah untuk kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2024

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2024

Kempen Sumbangan Tamat