MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 03, 2023

RAYU INFAQ UNTUK BAIK PULIH BUMBUNG SURAU MAAHAD TAHFIZ

RM830 / 13.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BUMBUNG SURAU YANG ROSAK DAN DHAIF PERLU SEGERA DI BAIK PULIH. MULAI RM10 AYUH MENYUMBANG DEMI KESELESAAN ANAK-ANAK TAHFIZ INI BELAJAR DAN BERIBADAH.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon bantuan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT agar bersama-sama berinfaq untuk membaik pulih bumbung surau di maahad tahfiz kami. Setiap sumbangan daripada para dermawan amat bermakna untuk menjaga tempat suci ini, tempat yang telah menjadi saksi perjuangan anak-anak tahfiz dalam menuntut ilmu agama setiap hari.



Keadaan bumbung yang rosak dan dhaif menjadi kebimbangan dan kerisauan di hati para pelajar di sini ketika hujan lebat kerana sering kali berlaku kebocoran. Ia berlaku di dalam kawasan surau yang merupakan tempat para pelajar belajar dan menunaikan ibadah. Bumbung yang rosak dan usang perlu segera ditukar dan dibaik pulih dengan secepat mungkin namun pihak maahad masih kekurangan dana yang mencukupi untuk kos dan kerja-kerja baik pulih tersebut.



Sehubungan itu, pihak maahad menyeru para dermawan untuk bersama maahad bantu memastikan keselesaan dan keamanan pengajian para pelajar kami. Pulihnya bumbung surau ini kelak akan dapat memberikan perlindungan daripada cuaca buruk dan hujan lebat agar anak-anak tahfiz ini dapat fokus dalam belajar dan ibadah.




Akhir kata, mari bergandingan tangan dalam berbuat kebaikan dan membantu usaha untuk baik pulih bumbung surau di maahad ini. Setiap bantuan kalian akan membawa manfaat besar dalam mewujudkan tempat pendidikan yang lebih baik dan berkah, agar para pelajar ini bersemangat untuk menjadi huffaz yang cemerlang. Semoga segala amal kebaikan para dermawan diterima oleh Allah SWT sebagai amal jariyah yang terus mengalirkan manfaat. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat