MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 10, 2023

BANTUAN BEKALAN AIR BERSIH UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM2,555 / 7.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM35,000

126 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH MENGUMPUL SAHAM AKHIRAT DENGAN MENGINFAQ UNTUK MENGHADIRKAN BEKALAN AIR BERSIH KEPADA PARA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM.


Adalah suatu keutamaan bagi setiap Muslim untuk membantu para penuntut ilmu agama agar mereka mudah untuk fokus dalam belajar sehingga terus dapat menjaga agama ini. Demikian pula jika kita membantu menghadirkan bekalan air berish agar anak-anak tahfiz ini mudah melaksanakan solat , beristinjak, berwudhuk, dan menghafaz Al-Quran, maka para penderma akan mendapat pahala sama seperti pahala para pelajar tersebut..


"Barangsiapa yang menolong orang lain untuk melakukan suatu ketaatan kepada Allah, maka dia akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang melakukan ketaatan tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.” (Riyadus Solihin 2/375)



Terdapat seramai 70 para pelajar termasuk guru, kakitangan dan pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memerlukan air bersih bagi kegunaan seharian seperti keperluan tandas, bersuci, berwudhuk, mencuci pakaian, minum dan lain-lain. Air dikatakan sebagai sedekah yang lebih utama kerana kemanfaatannya sangat luas untuk urusan agama dan duniawi.



Pihak maahad memerlukan dana sebanyak RM49,000 dari muslimin muslimat untuk kerja-kerja pemasangan bekalan air bersih dari SADA ke bangunan baru maahad. Kami telah lampirkan sebut harga jumlah kos pemasangan untuk menyalurkan air ke bangunan maahad tahfiz yang baru. Dengan bantuan daripada muslimin dan muslimat, pihak kami berharap ini dapat memudahkan urusan para pelajar tahfiz yang datang dari keluarga asnaf dan anak yatim dalam merealisasikan urusan seharian dengan lancar.




Pihak maahad telah mengadakan beberapa kempen sebelum ini untuk mengumpul dana bagi mewujudkan bekalan air bersih namun sehingga sekarang masih tidak mencukupi. Oleh itu, pihak maahad mengadakan lagi kempen kepada para dermawan sekalian untuk menginfaq agar bekalan air bersih segera dapat disalurkan ke bangunan maahad tahfiz yang baharu. Sumbangan-sumbangan kecil daripada para dermawan amat bermakna bagi para pelajar meneruska kelangsun hidup mereka di maahad untuk menimba ilmu.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas segala sumbangan dan jasa baik Tuan/Puan kepada kami. Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk sedekah air kerana selama air itu dimanfaatkan oleh warga maahad, maka pahala akan mengalir selama mana air itu mengalir hingga ke hari kiamat kelak.


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR. Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat