Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,186 / 31.86 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
145 Penyumbang
Kempen Berakhir!
PROJEK TELAGA AIR ILTIZAM
Pada 19 September 2022, Iltizam Relief telah melawat projek telaga air ke 3 di Pitas untuk memastikan kontraktor telah menjalankan kerja seperti dikehendaki sebelum bayaran baki 10% dilepaskan. Alhamdulillah, amat memuaskan dan yang paling penting penduduk kampung amat gembira. Terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbang.
Alhamdulillah, setakat ini terdapat 3 projek yang telah siap dengan jayanya iaitu:
1. Projek Telaga Air 1 (Fasa 1 dan 2) di Pulau Tanjung Manawali, Sabah.
2. Projek Telaga Air 2 di Kampung Bayangan Laut, Pulau Banggi, Sabah
3. Projek Telaga Air 3 di Kampung Inaruntung, Pitas, Sabah.
Kini, kami membuka untuk bersedekah atau infaq Projek Telaga Air ke 4, insyaAllah pembinaan akan bermula setelah cukup dana.
Lawatan Ke Pulau Mandi Darah
Dari Pitas, kami telah mengambil sebuah bot dan berlayar ke Pulau Maridala atau secara rasminya dikenali Pulau Mandi Darah. Perjalanan mengambil masa 1 jam 10 minit dengan keadaan laut sedikit bergelora dan angin kuat. Di sini kami telah melawat Surau Jumaat yang sudah ada telaga air buatan sendiri dan kami juga melawat sekitar kampung. Ketua Kampung di sini memohon kita baik pulih dan naik taraf telaga air ini supaya air boleh digunakan penduduk kampung dan juga untuk kegunaan surau.
Keadaan kampung di pulau ini amat jauh dan terpencil serta dhaif. Mungkin satu pusingan pulau ini hanya 2km hingga 3km sahaja. Bayangkan dari mana mereka mencari sumber air walaupun keliling laut tetapi tidak boleh minum air laut.
Kami bercadang baik pulih telaga-telaga ini, bermula dengan membina menara tangki, memasang tangki air, memasang pam air bermotor dan kerja-kerja plumbing dan salurkan air ke rumah mengikut tarikan graviti. Pulau ini amat terpencil. Jika hendak ke bandar, paling mudah ialah ke Kudat melalui bot tetapi pelayaran dengan bot mengambil masa 5 jam. Jika angin kuat dan laut bergelora, aktiviti nelayan juga terganggu. Tanpa telaga air, mereka perlu bergantung harap dengan air hujan sahaja.
Pendapatan utama mereka adalah menjual hasil laut. Pulau ini hanya mempunyai penduduk islam. Tanpa air maka tiada kehidupan. Ramai generasi muda tidak mahu tinggal di sini kerana masalah air.
Sukakah kita pulau ini dihuni pendatang haram atau mereka yang bukan Islam?
Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada penduduk kampung, masjid juga surau dan sekolah serta tadika. Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air, tetapi termasuk dengan menara tangki air berserta dengan pam air bermotor dan juga pagar di keliling telaga air untuk keselamatan. Lokasi kampung-kampung dibina telaga air juga di pedalaman atau pulau kecil di perairan Sabah, maka kos logistik adalah tinggi. Oleh itu, kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi. Usaha kecil kita untuk membantu penduduk di sini supaya tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, Projek Wakaf Telaga No. 4 di Pulau Mandidarah, Sabah telah siap sepenuhnya.
Telaga ini akan memberi air bersih untuk Surau di sini serta penduduk kampung. Mereka tidak lagi perlu bergantung kepada air hujan untuk bekalan air bersih. Pam air motor akan salurkan air terus ke tangki besar di Surau dan juga salurkan air terus ke kampung. Bila-bila mereka perlu mereka akan buka pam air motor ini hingga tangki penuh.
Hanya Allah mampu membalas jasa anda semua.
Semua semua penyumbang diberikan anugerah pahala sedekah jariah.
Telaga ke 5 pula adalah di Pulau Lagaton (Silk Island), Sabah.
Telaga ke 6 dan 7 pula adalah di Pulau Banggi, Sabah.
Jom kita tempah saham akhirat kita yang berterusan mengalir selagi air telaga-telaga ini terus mengalir.
Jom wakaf telaga air di Sabah, Malaysia
Setiap telaga air yang kami bina di Sabah, adalah melibatkan:
1) pembinaan telaga air dengan gelung konkrit
2) pembinaan menara dan pemasangan tangki air
3) kelengkapan pam air bermotor untuk pam air dari telaga ke tangki, supaya air mengalir ke rumah / surau mengikut tarikan graviti.
Ayuh tuan / puan kita rebut satu lagi peluang sedekah jariah.
Setiap telaga air yang kami bina di Sabah, adalah melibatkan:
1) pembinaan telaga air dengan gelung konkrit
2) pembinaan menara dan pemasangan tangki air
3) kelengkapan pam air bermotor untuk pam air dari telaga ke tangki, supaya air mengalir ke rumah / surau mengikut tarikan graviti.
Ayuh tuan / puan kita rebut satu lagi peluang sedekah jariah.
Assalamu'alaikum, Salam Juma'at.
Inilah 2 pulau di mana Telaga ke 4 dan ke 5 akan dibina. Barang-barang binaan hanya boleh dibeli di Kudat, dan perjalanan ke pulau ini dengan bot mengambil masa 5 jam.
Dua-dua pulau ini serta pesisir pantai di sini adalah Muslims warganegara Malaysia.
Ayuh tuan / puan, kita bantu mereka supaya nasib umat Islam sentiasa terbela di sini.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2022
YUSMIN B RAMLI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2022
MOHAMMAD SHAFIQ ZAINON
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2022