Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

“Ya Allah, kami mohon dengan penuh harapan dan doa, lindungilah saudara-saudara kami di Palestin. Berikan mereka kekuatan, kesabaran, dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan penderitaan. Peliharalah mereka dari kezaliman dan kebiadaban, serta kurniakan kepada mereka kemenangan dan keamanan. Ya Allah, kami serahkan nasib mereka di tangan-Mu, kerana Engkaulah yang Maha Kuasa. Aaminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AHMAD FAZLI BIN RAHIM

8 bulan yang lepas

Ya Allah permudahkan lah urusan saudara/saudari kami di Palestin berikan keteguhan iman,berikan kemenangan pejuang Islam dan Sahid masukkan dalam syurgamu ya Allah,jangan engkau lupakan kami untuk membantu saudara/saudari Islam kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya Allah, berilah kemenangan kepada penduduk Palestin, lindungilah mereka, teguhkan pendirian mereka, sembuhkan yang terluka, terimalah syuhada mereka, dan ringankan penderitaan mereka.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangmu.. ampuni lah dosa2 ku dosa kedua ibu bapa ku anak2 ku suami ku adik beradik ku serta muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat semua nyer.. Amiinnx3

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

8 bulan yang lepas

Ya Allah, jadilah Engkau penolong dan pendukung bagi saudara-saudara kami di Palestin. Ya Allah, lindungilah mereka dengan penjagaan-Mu, peliharalah mereka dengan rahmat-Mu, dan berilah mereka kemenangan atas musuh-Mu dan musuh mereka. Jadikanlah bagi mereka jalan keluar dari setiap kesempitan, dan lapangkan segala kesedihan mereka. Ya Allah, teguhkan kaki mereka, tepatkan sasaran mereka, sembuhka

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Semoga Allah membantu saudara²ku di Gaza

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: