Belum berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD INI DITUBUHKAN PADA TAHUN 2009 DI PONDOK HAJI BAKAR, AYER HITAM, KEDAH DAN KINI MAAHAD TELAH BERPINDAH DI TAPAK WAKAF MAAHAD DI ALAMAT NO 121 KAMPUNG SEBERANG PEKAN MINGGU LAMA, AYER HITAM, KEDAH PADA TAHUN 2016 HINGGA KINI DAN MAAHAD MENUMPANG DI TANAH INI DAN MAAHAD TELAH PUN BERJAYA MEMBELI SEBIDANG TANAH UNTUK WAKAF MEMBINA MAAHAD TAHFIZ INI DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN DAN MAAHAD KINI DALAM PEMBINAAN DAN MEMERLUKAN SUMBER DANA UNTUK MEMBINA PRASARANA MAAHAD SEPERTI SURAU, ASRAMA, DEWAN MAKAN, DEWAN PENGAJIAN, BILI AIR, DEWAN MASAK DAN PEJABAT DAN SEBUAH PERPUSTAKAAN. MAAHAD INI TELAH DIASASKAN OLEH USTAZ SUHAIMI BIN DIN DAN PENGELOLA IALAH USTAZ MOHAMAD SAYUTI BIN SUHAIMI.
Hamba Allah
Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku. Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan
Anda dan 8 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, ampunkan dosa2 kami semua seluruh muslimin dan muslimat tak kira yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kurniakanlah kepada kami semua husnul Khotimah dan tempatkanlah kami semua di syurga Firdaus Mu tanpa hisab dan tanpa azab.
Anda dan 7 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampunkanlah dosa dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku dan seluruh umat islam. Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah. Tempatkanlah kami dlm syurgamu. Jauhkanlah kami dari azab kubur dan siksaan api nerakamu. Berikanlah kesihatan yg baik kepada kedua ibu bapaku. Permudahkanlah urusanku bertemu jodohku.
Anda dan 8 orang mengaminkan doa ini