MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 06, 2023

PENAPIS AIR UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM200 / 6.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTU PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DENGAN BERINFAQ BAGI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENAPIS AIR DI TEMPAT PENGAJIAN MEREKA. BANTULAH GOLONGAN YANG SEDANG MENUNTUT ILMU DI JALAN ALLAH INI.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati memohon sumbangan penapis air bersih untuk menyediakan akses kepada air yang berkualiti dan sihat kepada para pelajar kami. Air minuman yang mencukupi dan bersih adalah faktor penting dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan para pelajar, terutama mereka yang sedang berusaha dalam mempelajari Al-Quran dan memahami ayat-ayat-Nya.



Dengan adanya kemudahan penapis air bersih ianya akan membantu memastikan bahawa para pelajar kami mempunyai bekalan air yang selamat dan berkualiti dalam menjalani kehidupan di maahad dengan lebih baik. Ini adalah sumbangan yang sangat bermakna dalam memberikan keselesaan dan sokongan kepada para pelajar kami.


Rasulullah SAW telah mengingatkan kita tentang kelebihan memberi bantuan kepada asnaf dan anak yatim dalam hadis-hadisnya, dan ini adalah peluang untuk beramal dengan ikhlas dan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Terdapat 22 orang pelajar kami yang merupakan anak yatim dan 30 orang merupakan dalam kalangan asnaf.



Selain itu, sumbangan ini juga adalah bukti kepedulian kita kepada anak-anak tahfiz yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Ini adalah peluang untuk memberi mereka keselesaan dan sokongan, juga memberikan mereka peluang yang lebih baik dalam pembelajaran agama dan ilmu pengetahuan agama.




Akhir kata, mulai RM10 berikan anak-anak tahfiz ini peluang untuk menjaga kesihatan mereka agar dapat menuntut ilmu agama dengan lebih baik. Sumbangan untuk menghadirkan penapis air ini adalah salah satu bentuk kepedulian dan tanda kasih sayang kepada anak-anak muda yang cintakan Al-Quran. Semoga setiap titis air yang diminum oleh pelajar tahfiz ini menjadi ladang pahala dan saham akhirat yang berterusan buat para penyumbang. Jazakumullahu khairan jaza’


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM35.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat