Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 17, 2023
RM360 / 3.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan infaq daripada muslimin muslimat untuk pembinaan ruang mengaji dan ulangkaji para pelajar tahfiz. Memandangkan permintaan pelajar untuk masuk ke maahad semakin meningkat, pihak maahad perlu membina penambahan ruang mengaji dan ulangkaji yang sedia ada demi keselesaan para pelajar di sini. Ruang belajar dan mengaji yang selesa memainkan peranan penting bagi membangkitkan semangat mereka untuk menghafaz Al-Quran.
Sebagaimana diketahui wahyu pertama diturunkan berkenaan iqra’ yakni membaca. Sehubungan itu, pentingnya mempelajari ilmu agama ini sehinggakan Allah pernah berkata dalam Al-Quran yang menyatakan Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
(Al-Mujadalah:11)
Besar harapan pihak maahad dan pelajar-pelajar di sini sekiranya para dermawan sekalian sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati serendah RM10 untuk pembinaan ruang mengaji dan ulangkaji ini. Puluhan pelajar di maahad ini adalah daripada kalangan asnaf dan juga anak yatim yang susah. Walaupun golongan ini dihimpit kemiskinan mereka juga berhak untuk mendapat pendidikan khususnya belajar ilmu agama sebagai bekal untuk hidup sebentar di dunia yang fana ini.
Pihak Maahad mengalu-alukan tuan dan puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam tabung pembinaan ruang mengaji dan ulangkaji ini. Semoga apa yang diinfaqkan menjadi saham yang tidak terputus di akhirat kelak. Jazakumullahu khairan Jaza’.
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Baqarah : 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MUHAMMAD AIDY BIN SULONG
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
May 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
May 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 18, 2023