Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM4,005 / 40.05 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
179 Penyumbang
Kempen Berakhir!
RAYUAN INFAQ UNTUK PEMBANGUNAN SURAU AL-FALAH DAN PUSAT PENGAJIAN MUALLAF, KG. SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH.
Satu ketika dahulu, hanya dua atau tiga buah keluarga yang beragama Islam di Kampung Sumbiling Baru, Keningau. Tetapi kini, hampir separuh penduduk kampung ini sudah memeluk Islam termasuk ketua kampung. Namun kampung ini belum ada masjid atau surau.
Nota: Semua mereka dalam gambar ini adalah muallaf.
Namun, projek pembangunan surau ini telah terbengkalai disebabkan tiada dana. Mereka telah berusaha mencari sumbangan luar, termasuk beberapa NGO telah datang melawat mereka namun hingga kini tiada sumbangan dana diterima. Perkara ini telah sampai kepada pengetahuan Iltizam Relief Society melalui seorang ustaz dan seorang anak muda di kampung ini yang juga muallaf.
Pada 18 September 2022 yang lalu, pihak Iltizam Relief telah melawat kampung ini dan tapak surau ini. Kami juga telah berbincang dengan ketua kampung dan ahli jawatankuasa penaja surau ini serta beberapa orang muallaf yang hadir.
Kami merasakan usaha murni para muallaf ini yang ingin mempunyai sebuah surau untuk kampung mereka wajar dipuji, bahkan wajib dibantu. Ini supaya mereka tidak lemah semangat terhadap Islam pula. Lagi pun, mereka juga perlu pusat bimbingan untuk pengajian agama.
Buat masa ini, tiada kelas bimbingan untuk muallaf di kampung atau pekan yang terdekat. Malah, kampung ini sendiri terletak agak jauh di pedalaman dengan keadaan jalan yang tidak mesra kenderaan biasa terutamanya apabila hujan.
Menurut sejarah kampung ini, YB Adun kawasan pun pernah berjalan kaki sejauh 4km untuk merasmikan balairaya yang telah siap dibina di kampung ini kerana jalan tanah tidak boleh dilalui kenderaan.
Islam di Sabah
Pada tahun 1960, jumlah penuduk Sabah yang beragama Islam hanya 38%, dengan kata lain umat Islam merupakan penduduk minoriti ketika itu manakala mereka yang bukan beragama Islam adalah penduduk majoriti.
Hari ini, subahanallah 70% dari penduduk Sabah adalah Muslim. Antara faktor perubahan demografi yang mendadak ini adalah disebabkan usaha-usaha dakwah, imigrasi dan mereka berbondong-bondong memeluk Islam di Sabah.
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Sura An-Nasr, 110:1-3)
Tidakkah kita merasa bersyukur atas nikmat Allah ini mengubah demografi negeri yang menjadi rebutan sebuah negara jiran ini kepada negeri majoriti Islam?
Apakah usaha kita untuk mempertahankannya?
Tahukah kita bahawa di Sabah hampir setiap kilometer ada gereja. Malah, di pedalaman yang tiada jalan raya pun akan kita menemui gereja. Jangan kita marah kepada mereka kerana mereka buat kerja untuk agama mereka mengikut kepercayaan agama mereka. Tahukah kita, masjid atau surau amat jarang-jarang kelihatan di Sabah.
Tahukah kita, perkara pertama Nabi Muhammad S.A.W buat ketika baginda berhijrah dan tiba di Quba adalah membina masjid (Masjid Quba). Begitu juga di Madinah, baginda bina Masjid Nabawi, yang mana bukan sahaja menjadi tempat berkumpulnya ahli ibadah tetapi juga pusat komuniti dan pusat kekuatan Islam itu sendiri hingga tersebar ke serata dunia.
Inilah Saham Akhirat kita!
Oleh itu, ayuh kita tuan / puan yang ingin berinfaq di jalan Allah, mari kita sama-sama membina Surau Al-Falah dan Pusat Pengajian Muallaf ini. Sungguh besar ganjarannya jika kita terlibat dalam usaha murni ini.
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ مِثْلَهُ
“Siapa yang membangun masjid kerana Allah, maka Allah akan membangun baginya semisal itu di syurga.” (Sahih Bukhari no. 450 dan Muslim no. 533)
Sumbangan ikhlas kita sebenarnya tidak kira banyak atau sedikit, yang penting ada saham akhirat kita melalui surau ini.
Tonton video lawatan kami dan rayuan muallaf-muallaf di link ini:
Rasulullah S.A.W bersabda,
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ
“Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di syurga.” (HR Ibnu Majah no. 738, dengan sanad yang sahih)
Subanallah!
Ayuh tuan / puan, jom kita rebut peluang saham akhirat. Mungkin sumbangan kita untuk surau ini akan menarik lebih ramai memeluk Islam dan menukar demografi kampung ini kepada 100% Muslim, insyaAllah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗟𝗔𝗛
𝗣𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶 @ 8/12/𝟐𝟎𝟐𝟐
Bumbung sudah siap dipasang.
Kita doakan Allah permudahkan urusan pembinaan Surau ini yang diusahakan oleh lebih 200 orang Muallaf.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Dana untuk keseluruhan projek bangunan surau FASA 1 sahaja adalah RM100,000.
Kami masih memerlukan RM48,000 untuk Fasa 1.
FASA 2 pula ialah pembinaan tandas, tempat wuduk, bilik kuliah, pagar dan lain-lain.
Berwakaf / infaq ikhlas ikut kemampuan anda hari ini.
Semoga Allah gantikan setiap wakaf / infaq anda dengan harta yang lebih baik dan barokah.
Alhamdulillah, rangka untuk bumbung hampir siap dipasang. Bumbung pun sudah ditempah cuma hujan beberapa hari ini menyukarkan lori masuk jalan berlumpur.
Ayuh tuan / pun, masih lagi RM60 diperlukan untuk siapkan Fasa 1 iaitu siapkan bangunan Surau.
Fasa 2 belum bermula.
13/11/2022, pembinaan rangka untuk bumbung sudah hampir siap. Impian 222 orang muallaf untuk surau pertama untuk kampung mereka sudah hampir tercapai.
Ayuh teruskan sokongan anda. RM70,000 masih diperlukan untuk siapkan bangunan surau sahaja. Ini tidak termasuk tandas, tempat wuduk dan bilik kuliah.
6/11/2022
Alhamdulillah, kerja-kerja menaikkan bumbung sedang rancak berjalan. Penduduk kampung diketuai oleh Ketua Kampung sendiri (yang mahir kerja pembinaan) bergotong-royong membina Surau ini.
Kita tidak mahu projek ini terhenti atau tergendala. Dana yang kami dapat kutip setakat ini baru cukup untuk kos menaikkan bumbung sahaja.
Jumlah diperlukan masih jauh.
Ayuh jangan ketinggalan berebut sedekah jariah yang terbaik.
Dermalah hari ini.
Alhamdulillah, kerja-kerja membina bumbung Surau sedang berjalan.
Terima kasih kepada anda semua yang telah dan akan menyumbang untuk projek pembinaan surau ini.
Jumlah diperlukan untuk bangunan surau sahaja ialah RM100,000. Buat masa ini, kutipan terkini hanya RM15,000.
Ayuh tuan / puan, kita tambah lagi saham akhirat kita. Boleh diniatkan pahala wakaf / sedekah untuk mereka yang sudah tiada bersama kita.
NUR & KELUARGA
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2022