MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 25, 2023

INFAQ BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM MENGEJAR CITA-CITA MULIA MEREKA

RM1,175 / 23.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KITA BERSAMA MENGUKIR SENYUMAN DI WAJAH ANAK-ANAK YATIM DI MAAHAD KAMI DENGAN BERSEDEKAH UNTUK PENDIDIKAN MEREKA. AYUH BANTU MEREKA AGAR DAPAT MENDORONG KITA KE SYURGA!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat yang penuh dengan kasih sayang dan keprihatinan untuk memberikan sumbangan kepada seramai 22 orang anak-anak yatim di maahad kami yang sedang menempuh dunia pendidikan tahfiz. Anak-anak ini adalah harta berharga dalam masyarakat kita yang memerlukan bantuan dan perhatian dalam perjalanan mereka mempelajari Al-Quran.


Sehubungan itu, jangan bertangguh untuk bersedekah bagi tabung pendidikan kerana ianya dapat memberikan manfaat tidak terhingga buat para pelakunya baik di dunia dan di akhirat kelak. Orang-orang yang memberikan keberkahan kepada anak-anak yatim sehingga mereka dapat tersenyum bahagia, maka Allah menjamin akan memasukkannya ke dalam syurga. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda;

“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslim, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR Tirmidzi)


Anak yatim merupakan amanah yang Allah berikan kepada manusia yang berakal. Mereka diamanahkan untuk disantuni sebagaimana kita menyantuni diri sendiri dan keluarga. Jika kita mempunyai kesempatan menyantuni anak yatim, jangan pernah sia-siakan peluang ini. Tidak hanya jaminan syurga di akhirat, Allah SWT pun menjanjikan kepada orang yang menyantuni anak yatim akan terpenuhi semua keperluan hidupnya. Menyantuni anak yatim sama seperti berinfaq di jalan Allah dan Allah akan melipatgandakan harta hamba-Nya.⁣



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kerana kesudian berkongsi harta bagi membantu pelajar tahfiz yatim mewujudkan impian mereka menjadi seorang huffaz Al-Quran. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan kemurahan hati kalian dengan limpahan rezeki dan keberkatan hidup dunia akhirat.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZLAN BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

SHAHARUDIN MOKHTAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM40.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat