Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM310 / 0.62 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Kehidupan tanpa sosok ibu bapa disisi amat memilukan apatah lagi sekiranya anak-anak sedang membesar. Bukan sahaja anak-anak memerlukan kasih sayang ibu bapa tetapi yang lebih utama adalah tempat bergantung mereka. Sudah tentulah apabila anak-anak kehilangan tempat bergantung, maka pusat-pusat penjagaan anak yatim yang akan menjadi pilihan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program infaq jumaat kali ini akan menyalurkan bantuan kewangan dan makanan asas dan makanan kering untuk anak-anak yatim yang terkesan. Pergerakan di Baitul Kasih yang berada di rawang. Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat anak-anak yatim dan semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Untuk masa akan datang pihak YAMM ingin bantu Baitul Kasih mendirikan sebuah lagi rumah untuk anak yatim piatu perempuan.
Pihak kami berharap agar Tuan/Puan dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi memberi keselesaan dan membantu anak-anak yatim ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan sempurna. Semoga sumbangan yang dihulurkan akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 15, 2023