SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG SUNGAI ALO

RM445 / 4.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami membantu mangsa kebakaran di Kampung Alo. Rumah mereka musnah teruk dan kini mangsa tinggal di balai raya sehelai sepinggang. Ayuh kita bantu!


Seramai 12 penghuni sebuah rumah di Kampung Sungai Alo di Jalan Pantai hilang tempat berteduh selepas rumah yang didiami musnah terbakar sekitar jam 7.23 malam semalam. Kesemua rumah yang terlibat dalam tragedi berkenaan telah musnah 100% berikutan kesukaran untuk pihak bomba datang ke lokasi berkenaan. Faktor struktur rumah yang dibuat daripada kayu juga menjadi punca utama rumah berkenaan merebak dengan cepat.



Pihak bomba sedang bertukus-lumus untuk membantu memadam kebakaran daripada terus merebak ke kawasan sekitar.


Keadaan api yang marak dengan cepat menyukarkan pihak bomba untuk menyelamatkan keadaan rumah mangsa dan ini juga disebabkan kekurangan peralatan bagi bomba yang berada di kawasan luar bandar. Bantuan bomba dari kawasan berdekatan diperlukan untuk mengawal kebakaran berkenaan dan api berjaya dikawal hampir satu jam kemudian. Mujurlah tidak berlakunya sebarang kemalangan jiwa yang terjadi semasa berlakunya kebakaran berkenaan. Kini mangsa tinggal di balai raya berdekatan sebelum mereka mula mencari rumah sewa bagi penginapan sementara bantuan daripada orang ramai menyusul.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita malah untuk ahli keluarga yang kita sayangi sekali. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka!

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." ( Hadis Riwayat Tabrani)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat