TABUNG BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI SEBUYAU SARAWAK

RM410 / 4.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

InsyaAllah moga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita malah untuk ahli keluarga yang kita sayangi sekali


Kami sebagai satu persatuan kebajikan sedaya upaya untuk membantu masyarakat khususnya di zon tengah Sarawak dan sekitarnya. Kami dengan rasa rendah diri berharap dapat bersama-sama tuan/puan/dato/datin agar dapat membantu meringankan beban saudara kita yang bukan sahaja telah kehilangan tempat tinggal, malah turut kehilangan punca pendapatan ketika berlakunya kebakaran tersebut.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).



Pada 6/08/2022 telah berlakunya kebakaran yang melibatkan kediaman rumah sewa dan pasar lama di Sebuyau, Sarawak. Kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi itu telah memusnahkan 2 buah banggunan kedai separa kayu dan rumah sewa. Seramai 5 buah keluarga terkesan di mana rata-rata mereka merupakan peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut sejak sekian lama.



Musnah 100% keadaan tempat mencari rezeki bagi peniaga Melayu Islam kita di Sebuyau, Sarawak. Dana RM10,000.00 tersebut akan digunakan untuk diberikan kepada setiap ketua keluarga. Sebanyak RM2000.00 akan diberikan bagi meringankan sedikit bebanan mereka. InsyaAllah dengan adanya sedikit sumbangan ini, ianya dapat meringankan bebanan ketika musibah melanda mereka ini. 



Beginilah keadaan selepas pihak BOMBA berjaya mengawal kebakaran tersebut. Kebanyakan banggunan dan barangan yang musnah 100% dan Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa yang terlibat. Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka!


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat