MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 10, 2023

SUMBANGAN KEPERLUAN TIDUR ANAK TAHFIZ

RM205 / 2.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI MUDAHKAN ANAK-ANAK TAHFIZ YANG SEDANG BERJIHAD MENUNTUT ILMU DENGAN BERIKAN FASILITI TILAM TERBAIK BUAT MEREKA. MOGA AMAL JARIYAH INI MENJADI BEKAL UNTUK KEMBALI KEPADA RABB KELAK.


Ada suatu amalan yang saham-saham pahalanya mengalir walaupun ketika kita sedang sibuk bekerja, nyenyak tidur bahkan sudah meninggal dunia. Ianya adalah amal sedekah jariyah. Jariyah membawa maksud mengalir. Sedekah jariyah adalah sedekah yang mengalir, ertinya sedekah yang masih dapat dirasakan manfaatnya walaupun orangnya sudah meninggal. Inilah keutamaan sedekah jariyah, infak yang ganjarannya abadi walaupun jasad telah mati.


“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh” (HR Muslim)



Daripada awal penubuhan maahad tahfiz sehingga sekarang, AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah sentiasa dalam usaha membangunkan maahad agar dapat menampung lebih banyak para pejuang ilmu. Dalam proses pembangunan maahad ini, sudah tentu tidak hanya bangunan yang berdiri kosong sahaja tanpa ada isinya melainkan perlunya juga kemudahan fasiliti-fasiliti agar aktiviti pengajian ilmu dapat berjalan dengan suasana yang lancar dan selesa.



Dalam rangka membantu para pelajar agar lebih nyaman tinggal di asrama dan fokus untuk mendapatkan pendidikan terdapat banyak fasiliti yang harus disediakan selain bangunan yang sudah dapat berdiri dan kelak siap untuk ditempatkan anak-anak tahfiz penghafal Al-Quran. Salah satu fasiliti penting yang diperlukan oleh para pelajar adalah tilam atau alas tidur yang selesa. Tilam ini nantinya akan digunakan oleh para pelajar untuk berehat setelah seharian berhempas pulak berjuang menimba ilmu.



Dengan adanya tempat tidur yang nyaman sudah tentu memberi semangat buat anak-anak tahfiz ini untuk melaksanakan kegiatan pengajian di esok harinya. Namun menyediakan tilam yang selesa bukanlah hal yang mudah bagi para pelajar ini kerana latarbelakang mereka bukan dari keluarga yang mampu, asnaf dan juga anak yatim.



Sehubungan itu, pihak maahad dengan berbesar hati membuka peluang tabung infaq untuk membeli tilam jenis pvc yang nantinya akan di berikan kepada para penghafal Al-Quran di sini. Tilam jenis pvc menjadi pilihan pihak maahad kerana ciri-cirinya yang berkualiti berbanding tilam yang biasa. Antara kelebihan tilam pvc ialah tahan lama, kalis air dan juga anti-hama.



Dengan membantu menyalurkan infak para muslimin muslimat turut bergabung secara langsung usaha membantu para pelajar tahfiz yatim dan asnaf ini dalam mendalami ilmu agama dan menghafal Al-Quran. Besar harapan kami agar anak-anak tahfiz ini layak mendapatkan tilam yang terbaik agar mereka dapat tidur dengan nyaman dan tidak merasakan sengal-sengal di badan atau terkena penyakit kulit kerana tilam pvc ini bersifat anti-hama. Kesihatan para pelajar juga perlu dijaga dengan perlunya menyediakan ruang tidur yang kondusif buat mereka agar tubuh mereka kekal sihat.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan para dermawan. Kami berharap dengan bantuan tilam pvc ini insyaAllah akan memberikan kebaikan untuk pendidikan di maahad. Fasiliti yang terbaik, termasuk tempat tidur yang selesa akan sangat membantu anak-anak tahfiz sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu di maahad tahfiz. Hal ini kerana mereka yakin, perjuangan mereka menjadi Huffaz Al-Quran akan membantu dirinya, orang tua dan keluarganya di akhirat kelak.


“Barangsiapa berbuat kebaikan sekecil apa pun perbuatan baik itu, dia kan menyaksiakan hasilnya. Begitu pula yang melakukan perbutan buruk, sekecil apa pun perbiatan buruk itu dia akan menyaksikan hasilnya. ( S.Al-zalzalah:7-8)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Feb 14, 2023

SUHAIMI ZOHOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat