MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 01, 2024

INFAQ PENGAJIAN PELAJAR LANGKAWI ANAK YATIM DAN ASNAF

RM350 / 11.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MULAI RM10 BANTULAH ANAK-ANAK PENDALAMAN LANGKAWI BERKEINGINAN UNTUK MENJADI HAFIZ AL QURAN YANG BERAMAL DENGANNYA DAN MENYEBARKANNYA. JOM KITA BERINFAQ.


Assalamualaikum wbt, muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan penuh rendah hati, kami menyeru para penderma yang mulia untuk bersama-sama membantu anak-anak dari Langkawi yang datang ke maahad ini untuk menuntut ilmu agama. Dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak memberi sinar kegembiraan dan bersemangat buat pelajar-pelajar ini berjuang dalam menghafal Al-Quran.



Bilangan pelajar dari Langkawi adalah empat orang. Antara beberapa keperluan yang menjadi keutamaan anak-anak tahfiz kami di sini seperti pembelanjaan membeli tiket, makan dan minum, pakaian dan lain-lain lagi. Untuk menjayakan kempen ini kami memerlukan jasa baik dan keprihatinan semua pihak.


Oleh itu, kami berdoa agar keprihatinan masyarakat sekeliling dapat menghulurkan sumbangan dan bantuan demi memastikan anak-anak yatim tahfiz ini dapat belajar dalam suasana yang selasa dan terbela seterusnya menjadi anak-anak yang soleh serta berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Setiap ayat yang dibaca dan diulang berkali-kali ini akan memberi pahala yang banyak kepada para dermawan.



Jom kita menyumbang bermula RM 10 kepada anak-anak tahfiz ini yang mana mereka yang berhasrat untuk menuntut ilmu agama dan bercita-cita menghiasi dada mereka dengan ayat-ayat al-Quran. Setiap sumbangan amat bernilai dan bermakna buat mereka.



Dengan membantu mereka dalam pendidikan, pemakanan, dan kewangan ini, kita juga boleh mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Selagi mana mereka membaca dan mengajarkannya, kita turut mendapat saham pahala walaupun kita sudah tiada lagi. 


“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya”

(Hadis Riwayat al-Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

HAJAH FATIMAH@AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2024

Kempen Sumbangan Tamat