MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 06, 2023

INFAQ KOS BAIK PULIH BUMBUNG SURAU DAN KELAS TAHFIZ

RM300 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM GANDAKAN PAHALA DI BULAN ZULHIJJAH DENGAN MENGINFAQ SEPARUH HARTA KALIAN BAGI KOS MEMBAIK PULIH BUMBUNG SURAU DAN TEMPAT BELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL HIDAYAH.


“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”



Pihak maahad berbesar hati mengadakan kempen buat muslimin dan muslimat yang berhasrat untuk membantu kos membaik pulih bumbung surau Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini. Keadaan cuaca yang kerap hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan kebocoran air di bumbung surau maahad ini. Ini menimbulkan ketidakselesaan buat para pelajar. Oleh itu, dengan sumbangan daripada pihak tuan/puan pihak maahad ingin menukar bumbung yang baru untuk keselesaan para pelajar. Setiap sumbangan, walau sekecil apa pun, akan memberikan harapan baru kepada kami dan memberi kelegaan dalam mengatasi masalah ini.



Allah SWT telah berfirman mengenai perkara-perkara yang seharusnya kita berlumba-lumba melaksanakannya dan sesuatu yang kita seharusnya bersaing: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(al-Baqarah: 148)



Untuk makluman anda, kutipan sumbangan pada kempen yang lalu masih belum mencukupi untuk kos menukarkan bumbung yang baru. Justeru itu, pihak maahad masih lagi meneruskan kempen ini untuk kutipan dana menukarkan bumbung surau yang baru di maahad kami ini. Pihak maahad menyeru orang ramai agar sama-sama kita membantu memberikan keselesaan dan keselamatan untuk anak-anak hafiz ini dalam beribadah dan menunaikan ilmu.



Akhir kata, semoga Allah SWT melimpahkan pahala yang berlipat ganda dan dikembalikan rezeki yang berlipat ganda buat muslimin dan muslimat yang berkongsi nikmat untuk menggembirakan hati para pelajar kami di sini. Jazakumullahu Khairan Jaza’.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat