Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Mar 29, 2022

RAYUAN INFAQ KASIH RAMADAN 1443H

RM415 / 2.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan amat diperlukan untuk membantu Asnaf dan Muallaf yang berpuasa, khususnya yang akan menyambut Hari Raya yang pertama setelah pengIslaman serta raikan mereka yang tidak berkeluarga beraya.


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun 2021, seramai 15 orang telah memeluk Islam melalui PERKIM Caw BTP. Tahun 2022 ini, setakat Mac 2022 ada 2 orang telah memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam tahun lalu terus di Pejabat Agama dan dibimbing oleh PERKIM Caw BTP pula ada 31 orang.

Seperti tahun-tahun lalu, muallaf ini disantuni sepanjang bulan puasa khususnya mereka yang miskin.


PERKIM juga memberikan sumbangan Hari Raya dan membelikan mereka baju raya untuk mereka dan menyambut hari lebaran bersama mereka.

Sebahagian dari Muallaf, telah dipulaukan ahli keluarga yang belum Islam kerana mereka memeluk Islam. Mereka juga tiada saudara yang beragama Islam akan kesunyian bila menjelang hari lebaran. Bayangkan kita seronok menyambut hari raya, tetapi mereka bersedih menyambutnya seorang diri! Sebahagian asnaf juga ada yang senasib.



Para dermawan dan penyumbang yang dimuliakan Allah, PERKIM Cawangan BTP akan menggunakan hasil sumbangan anda untuk:
1. Memberi bantuan makanan sepanjang Ramadhan ini khususnya Asnaf dan Muallaf miskin
2. Membelikan baju raya, khususnya Muallaf yang menyambut kali pertama. Juga diraikan asnaf miskin yang tidak mampu
3. Memberi sumbangan Hari Raya sebagai galakan kepada semua Muallaf yang hadir Kelas Fardu Ain Muallaf
4. Menyambut hari raya bersama mereka iaitu pada 1 Syawwal nanti.

Mereka adalah Asnaf dan Muallaf yang terdiri daripada berbagai kaum, seperti Cina, India, Iban, Bidayuh, Sino Kadazan, Nepal dan Sri Lanka dan juga asnaf dikalangan orang Melayu.


PERKIM adalah sebuah NGO tertua yang sinonim dengan Muallaf (saudara baru), dakwah serta kebajikan.

Tetapi kami di peringkat cawangan, bergantung penuh kepada sumbangan orang ramai untuk terus berdakwah dan melaksanakan amal kebajikan.

Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kami perlukan dana untuk membantu asnaf dan muallaf Ramadhan dan Raya ini!

Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan. Semoga anda juga dikurniakan puasa Ramadhan yang diterima oleh Allah!






Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZWAN SABRAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2022

FAZLINA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2022

MOHD YAKOP BIN IKRAM

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 03, 2022

AZWAN B ARIFFIN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 03, 2022

NOORALFIAN ISNIN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 03, 2022

Kempen Sumbangan Tamat