Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 27, 2023
RM1,040 / 10.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
65 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saat sudah berada di akhirat kelak, tidak ada siapapun yang dapat menolong nasib kita, kecuali diri kita sendiri. Oleh karena itu, penting sekali untuk memperbanyak sedekah sewaktu di dunia agar menjadi amal yang dapat menyelamatkan kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya.” (HR Ahmad)
Hadis tentang sedekah di atas dapat menjadi motivasi tersendiri bagi kita agar semakin rajin bersedekah kepada siapa saja. Sedekah tidak perlu menunggu kaya atau berkecukupan terlebih dahulu. Bahkan, dalam keadaan kesempitan pun seorang Muslim dapat bersedekah semampunya. Saat bersujud menghadap Allah SWT, tentunya kita ingin bertemu Sang Pencipta dalam kondisi yang terbaik. Bukan saja hati yang bersih, tetapi juga tubuh, pakaian, bahkan tempat sujud yang bersih. Setiap Muslim seharusnya memiliki satu impian, iaitu menghadap Allah SWT yang agung dengan sujud yang beralaskan hamparan sejadah atau karpet yang bersih dan nyaman.
Sehubungan itu, AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah berbesar hati mengadakan kempen infaq karpet solat untuk surau baharu para pelajar tahfiz di sini. Mari bersama bantu untuk meningkatkan kualiti ibadah anak-anak tahfiz ini dengan berinfaq agar mereka dapat solat dan beribadah dengan khusyuk. Meningkatkan kualiti ibadah saudara sesama islam berarti meningkatkan darjat mereka di hadapan Allah.
Rebutlah peluang untuk bersedekah di hari jumaat yang mulia pada awal bulan Rejab ini. Inilah peluang kepada anda yang dermawan untuk mendapat pahala secara berterusan dari setiap ahli jemaah surau setiap kali mereka menunaikan solat, membaca Al-Quran, berwirid dan beriktikaf. Hanya dengan serendah RM10 kita sudah mampu melakukan kebaikan dengan memudahkan urusan Muslim yang lain untuk beribadah.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas jasa dan kemurahan hati para penyumbang bagi membantu menghadirkan karpet solat yang terbaik kepada anak-anak tahfiz. Besar harapan pihak maahad agar sebelum menjelang Ramadhan tahun ini karpet solat tersebut dapat dipasang di dalam surau baharu maahad. Semoga Allah selalu memudahkan urusan hidup hambanya yang gemar memudahkan urusan hidup orang lain. Amin.
“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (S.Al-Baqarah:261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023
ARIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023