Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-doa Penyumbang

NOOR RASYEDEAN BIN HJ. NOR HAMDAN

6 bulan yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa² kami, murahkan rezki kami, jauhi kami dari azab api nerakamu, azab dunia & akhirat, sembuhkan penyakit kami, angkatlah penyakit kami ini yang mencemaskan & menggusarkan kami, masukkan kami ke dalam syurgamu tanpa dihisab. Amiiin ya rab

Anda dan 6 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSLIZA

6 bulan yang lepas

semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki yg luas dan berpanjangan seperti air yang mengalir ke lautanmu yg luas dan dalam,kesihatan yg baik,jauh dr segala penyakit dan musibah dan dipermudahkan segala urusan harian dan urusan kerja kami.lindungilah aku,suami dan anak2 ku walau di mana pun kami berada,rahmatilah kehidupan kami sekeluarga YA ALLAH🤲🏼🤲🏼

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

GAN THIAM SENG

6 bulan yang lepas

Semoga dikurniakan ketenangan hati dan jiwa,kenikmatan hidup dunia dan akhirat kebahagiaan,keselesaan,keselamatan,kegembiraan, kesenangan,kebeuntungan dunia dan akhirat,diluaskan rezeki dan murahkan rezeki, rezeki seluas langit dunia dan akhirat,rezeki melimpah dan tidak putus,keluarga aman damai makmur dan tenteram,semoga hajat hajat dimakbulkan

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

TAN SUE MEI

6 bulan yang lepas

Semoga dikurniakan ketenangan hati dan jiwa,kenikmatan hidup dunia dan akhirat kebahagiaan,keselesaan,keselamatan,kegembiraan, kesenangan,kebeuntungan dunia dan akhirat,diluaskan rezeki dan murahkan rezeki, rezeki seluas langit dunia dan akhirat,rezeki melimpah dan tidak putus,keluarga aman damai makmur dan tenteram,semoga hajat hajat dimakbulkan

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah permudahkan urusan anak2 yg sedang menghafas Al Qiran

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSLANI SELAMAT

6 bulan yang lepas

Doakan supaya Penyakit saya Roslani bin Selamat sembuh

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: