Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.
Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.
Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.
Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.
Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan âGenerasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.
Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:
KOS OPERASI SEKOLAH 2023
2. Gaji pekerja: RM16,800
3. Utiliti: RM5,000.00
4. Rencam: RM3,000.00
5. Program : RM5,000.00
6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)
RM53,760
Hamba Allah
doa kn sy skeluarga di beri kesihatan srta ksejahteraan. doa kn ank² sy bjaya dlm ilmu dunia n ilmu akhirat. doa kn kmi skeluarga dpt mjejak kn kaki ke rumah allah swt. smoga allah beri kmi di limpah kn rzeki y luas agr kmi dpt bkongsi rezeki kmi pd smua owg y mmerlu kn
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Assalamualaikum shj hamba bersedekah hari ni kerana Allah ta’ala. doakan sy dpanjangkan Umur ddlm keberkatan, di permudahkan segala urusan dunia akhirat, dpermudahkan juga rezeki, d angkat segala kesakitan dan d jauhkn dr sgla penyakit fizikal dan mental. Semoga allah sentisa syg kita smua.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini