Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga segala usaha dipermudahkan oleh Allah SWT

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH YANG KERDIL

7 bulan yang lepas

Bismillahhiromanirohhim.. Kt sini sy inginkan anak2 tahfiz doakan buat kedua arwah ibuapa n kedua arwah abg2 jgk n sy sendiri semoga arwah ditempatkn dikalangan orang2 yg beriman soleh n solehah n mulia disisinya Aamiin🤲🤲.. Arwah ayah (Saari Bin Yahya) arwah mak (Minah Binti Md Isa) Abg sulung (Azman Bin Saari) arwah abg no2 (Azlan Bin Saari) n jgk (Azizah Binti Saari)

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga Allah terima amal ini dan berikan kemudahan buat pihak pengurusan tahfiz.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga anak-anak Tahfiz ini dapat belajar dengan selesa dan menjadi anak-anak yg soleh. Sumbangan ini diharap dpt menjadi bekalan utk akhirat nnt.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURUL SHAMIMI MD SABRI

7 bulan yang lepas

Semoga nurul shamimi mendapat hidayah allah dan terus dekat dengan allah melalui ibadah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD AMIRUL SHAFIQ BIN KAMARUDIN

7 bulan yang lepas

doakan rezeki Muhammad Amirul shafiq bin kamarudin melimpah ruah , dan kesihatan nur syahidatul asmaa dan royah binti kamis pulih seperti sediakala ..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: