MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 27, 2024

RAYUAN DANA BAIK PULIH VAN YANG UZUR ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM90 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

HADIRKAN SUMBANGAN UNTUK BAIK PULIH VAN MAAHAD YANG ROSAK DAN UZUR DEMI KEMUDAHAN PARA PELAJAR PERGI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DAN AKTIVITI KEAGAMAAN.


Van merupakan fasiliti yang sangat penting dalam menjamin keselesaan dan kemudahan pelajar tahfiz di maahad ini dalam melaksanakan tugas dan aktiviti harian mereka. Di maahad ini, van bukan sekadar menjadi kenderaan untuk perjalanan harian, tetapi juga menjadi kemudahan penting bagi pelajar-pelajar kami untuk menunaikan solat Jumaat, pergi ke program keagamaan, ke jemputan solat jenazah, dan jemputan kenduri dan lain-lain lagi.



Dalam memastikan kemudahan dan keselesaan para anak-anak tahfiz ketika pergi menunaikan solat Jumaat, kami dengan penuh rasa rendah diri ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT, berinfaq untuk membantu dalam pembaikan van pengangkutan kami yang sering rosak dan uzur.



Pembaikan van ini sangat penting bagi kami kerana ia memastikan para pelajar dapat tiba di masjid atau program tertentu dengan selamat dan selesa, terutamanya ketika cuaca panas dan musim hujan. Kemudahan pengangkutan yang baik membolehkan pelajar-pelajar kami tiba di destinasi dengan tepat pada masanya, memastikan mereka dapat mengikuti jadual pembelajaran dan kegiatan keagamaan tanpa gangguan. Ini juga memberi mereka rasa keselesaan dan ketenangan fikiran, serta mengurangkan tekanan yang berkaitan dengan perjalanan harian.



Melalui sumbangan infaq ini, para penyumbang bukan sahaja dapat memudahkan urusan para pelajar bahkan meraih pahala yang berlipat ganda kerana setiap sumbangan yang diberikan akan memberi pelbagai manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar kami.


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya" (Surah al-Baqarah: 261)



Mulai RM10, ayuh salurkan dana bagi memastikan van ini dapat segera dibaiki untuk kemudahan pergerakan bagi menunaikan solat Jumaat para pelajar tahfiz kami. Semoga kebaikan kalian dalam memberikan sumbangan ini, Allah SWT limpahkan keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2024

MUHAMAD AMIN BIN MD SARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat