Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM280 / 1.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramalan kajian cuaca dikeluarkan oleh MetMalaysia agak tepat kal, peralihan monsun pada 19 September 2023 yang lalu telah berlaku. Baling (Kedah), Bagan Serai (Perak) dan Raub (Pahang) antara tempat dilanda banjir kilat.
Kami telah melawat Kampung Charuk Akar Tawar, di Kuala Ketil yang dilanda banjir luar biasa. Kebiasaannya banjir hanya setakat paras tumit, tetapi tiba-tiba pada 22 September 2023 yang lalu banjir paras tengkuk, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan semua barang-barang di rumah, motosikal dan kereta.
Iltizam Relief Society telah bersetuju akan memberikan bantuan awal iaitu makanan untuk 32 keluarga yang tinggal sehelai sepinggan di kampung ini.
Ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) dari November 2022-Mac 2023, Iltizam Relief Society telah membantu 5,460 keluarga mangsa banjir di Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Hampir 22,000 orang dibantu. Juga seramai 125 pelajar yang sedang menduduki SPM dalam keadaan sehelai sepinggan telah dibelikan baju baharu.
Antara bentuk sumbangan ialah barang makanan, makanan panas, snack pack, air minum, kit kebersihan, selimut, toto, bantal, baldi, pakaian, dan lain-lain.
Hanya Allah mampu membalas sumbangan anda semua!
Merujuk kepada ramalan cuaca dan keadaan cuaca semasa, banjir besar boleh berlalu bila-bila masa sahaja.
Oleh itu, ayuh, hulurkan Sedekah Jumaat anda minggu ini untuk bantu kami Siap Siaga Banjir MTL 2023-2024.
Marilah sama-sama kita bantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Banjir Kelantan Gelombang 1:
Alhamdulillah, Iltizam Releif Society bersama rakan-rakan telah membantu 150 keluarga mangsa banjir di Tawang, Bachok lsnin lalu, dengan pek makanan barang dapur. Majoriti mereka adalah pesawah dan tanaman mereka musnah ditenggelami banjir. Bantuan ini memberi kelegaan sekurang-kurangnya untuk 2 minggu.
Pada hari Selasa pula, 100 keluarga lagi telah dibantu di Rantau Panjang, melibatkan 3 buah kampung. Banjir di sini telah mencapai tahap ke paras tengkok. Kemungkinan besar mereka akan menghadapi gelombang kedua tidak lama lagi.
Seramai 40 mangsa banjir juga telah dibantu dengan kit kebersihan yang terdiri dari sabun, ubat gigi, berus gigi, tuala, tikar getah, kain pelekat dll.
Kit ini dan sebahagian pek makanan adalah hasil sumbangan Yayasan Hasanah.
Terima kasih semua penderma.
Banjir gelombang kedua mula melanda Kelantan, Terengganu malah Selangor.
Ayuh, klik di
Gambar-gambar pagi tadi @ 6/12/2023 di Rantau Panjang, Kelantan.
Ayuh bantu kami, kami amat kekurangan dana untuk melaksanakan misi bantuan banjir.
Banjir di Tanah Merah Kelantan.
Rantau Panjang, Kelantan, juga banjir.
PPS telah dibuka.
Ayuh, jom kita bantu mangsa-mangsa banjir. Hujan berterusan akan memburukkan lagi banjir di Kelantan.
Selangor dan Perak sudah banjir, mangsa semakin meningkat.
Nota: Gambar-gambar dikirim oleh Jabatan Amal kepada Iltizam Relief Society.
Kami mendapat permintaan dari kawasan Kuala Langat untuk bantuan tilam, bantal, dapur masak dan kit kersihan.
Menurut laporan di atas, monsun timur laut akan bermula 11 November 2023 ini, maka hukan lebat berterusan akan bermula.
Ayuh tuan / puan, bantu kami sekarang.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 29, 2023
KHAIZURIN TAJUL ARIFIN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 29, 2023