INFAQ BAKUL MAKANAN BAGI KELUARGA YANG MEMERLUKAN

RM1,855 / 37.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

89 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama menjayakan kempen ini untuk mencapai sasarannya agar kita dapat meringankan beban keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita semua kekal dalam rahmat Allah SWT. Kempen ini dilancarkan dengan satu tujuan sahaja iaitu bagi memastikan golongan sasaran iaitu golongan asnaf, ibu tunggal dan juga anak yatim ini dapat diringankan beban hidup mereka dengan sedikit bantuan. Mungkin bantuan ini tidaklah seberapa dan kekal lama, namun sedikit sebanyak kita yakin dengan usaha ini, ianya mampu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.


Pada bulan Mei, pihak persatuan kami telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan kempen penyerahan 300 pek makanan asas kepada golongan sasaran ini di sekitar bandar Sibu. Namun kali ini kamu cuba memberi lebih dan tambahan jenis bantuan barangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Oleh yang demikian, kami mengajak Tuan/Puan untuk bersama kami dalam menceriakan mereka ini dengan sedikit bantuan untuk keperluan harian mereka.



Penyediaan 100 pek beras dan barangan asas lain dan sedia untuk diagihkan kepada penerima.


Antara penerima yang menerima bantuan bakul makanan fasa 2.

Berikut merupakan program fasa pertama yang kami jalankan menggunakan dana sendiri dan InshaAllah kali ini kita bersama-sama dalam menjayakan program fasa 3 ini untuk bantu golongan yang memerlukan ini. Sedikit sumbangan kita amat bermakna bagi mereka. Sasaran kutipan ini untuk membeli 100 pek makanan asas yang akan diagihkan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja. 


InshaAllah jika diizinkan, kita akan meneruskan program ini secara bulanan bagi memastikan kita semua dapat memberikan sumbangan kecil dalam mengurangkan kos sara hidup mereka yang terkesan ini.

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)

Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan muslimin dan muslimat.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

NUR AMIRA BINTI HAMIZI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat